fbpx

Living In Sepang

Masa depan ibu kota daerah Sepang iaitu Salak Tinggi yang juga dikenali sebagai bandar raya lapangan terbang nampak cerah dengan terdapat banyaknya perancangan pembangunan. Di awal pembangunannya, walaupun Salak Tinggi tidak terlalu jauh dari KLIA, KLIA 2 dan litar antarabangsa Sepang, kawasan ini tidak menjadi pilihan orang ramai disebabkan oleh kekurangan infrastruktur dan kemudahan awam.

Namun, Salak Tinggi mula meriah dengan kehadiran penduduk dari kawasan bersebelahan seperti Nilai, Dengkil dan Bangi. Terdapat projek-projek utama di dalam dan sekitar Salak Tinggi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM20 bilion.

Ini termasuklah Sunsuria City (212.5hektar) oleh Sunsuria Bhd, Serenia City (931 hektar) oleh Sime Darby Bhd, Bandar Puteri Warisan (84 hektar) oleh IOI Properties Group, Saujana KLIA (81 hektar) oleh Glomac Bhd, KIP Mart (16 hektar) oleh KIP Group, Greenwood (Salak Paramount) oleh Paramount Corp Bhd dan Suria Warisan (37.23 hektar) oleh Hectare Heights Development Sdn Bhd.

 

Masa depan cerah

Sebelum ini, Salak Tinggi hanyalah satu daerah di Selangor yang tiada pembangunan besar-besaran. Ia perlahan-lahan berkembang menjadi kawasan yang sibuk selepas kerajaan membina KLIA. Ramai pelabur besar mula masuk dan menjangkakan Salak Tinggi akan berkembang pesat dari segi pelancongan, projek-projek kediaman mewah dan komersial. Jika diperhatikan, Salak Tinggi kini adalah antara lokasi yang dicari ramai.

 

 

Jaringan perhubungan yang lebih baik

5 hingga 10 tahun yang lalu, agak sukar untuk pengguna sampai ke Salak Tinggi. Kini, rangkaian lebuh raya yang ada seperti lebuh Putrajaya-Cyberjaya dan Maju Expressway membawa pengguna terus ke pusat bandar Kuala Lumpur. Ini termasuk pertukaran ELITE yang dijangka siap pada masa akan datang.

Sambungan ke KLIA, Putrajaya dan pusat bandar KL bertambah baik apabila YTL Corp Bhd membangunkan rangkaian projek kereta api ekspres (ERL) dari KL Sentral di Brickfields ke KLIA. YTL mengendalikan dua perkhidmatan iaitu KLIA Express dan KLIA Transit.

KLIA ekspres adalah perkhidmatan kereta api terus dari KL Sentral ke KLIA (dan KLIA2 efektif bermula 2014) manakala KLIA Transit adalah perkhidmatan kereta api komuter dengan tiga hentian tambahan pada Salak Tinggi, Putrajaya dan Cyberjaya.

Salak Tinggi terletak berhampiran dengan stesen ERL Salak Tinggi dan pada masa akan datang, stesen keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura (high speed rail-HSR). Selain itu, jaringan lebuh rayanya juga menjadikan kawasan ini gerbang antarabangsa untuk pelancong dan pelabur asing ke Malaysia. Ini sekaligus akan meningkatkan permintaan dan peningkatan ekonomi penduduk yang tinggal di kawasan itu. 

 

Course Offered

Course Offered @ KTT Sepang

 

Like Us

Contact Us

Kolej Teknologi Timur

7-G-A, Jalan Kenanga 1/2, Taman Kenanga,

Bandar Baru Salak Tinggi (Airport City)

43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan.

Malaysia


Phone : +603 8705 3040/ +603 8706 0181

Email  : hello@ktt.edu.my